handphone kesayangan ku(N-GAGE) telah hilang..
Thursday, July 12th, 2007ari ini 12-7-2007,ak sangat sedih..sangat sedih..inilah kali pertama aku ditipu dengan teruk sekali….Aku ingin berbuat baik kepaDa orng lain,tetapi akhirny ditipu..
ceritanya berbunyi begini…pada 7-7-2007,sewaktu itu aku berada di masjid….pada waktu isYAk..Aku didatangi seorang pemuDa…dia memiliki motosikal ber no PFR741 jenis yamaha 125 Z berwarna biru..Dia menyatakan bahawa kehilangan dompet dan handphone..Dia menceritakan kepadaku yang dia seorang pelajar universiti petronas..kemudian ingin balik ke kampusnya..tetapi masalahny.die tidak berwang..lalu aku meminjamkan sejumlah Rm166..dia berjanji akan memulangkan wang tersebut..dia mengambil no akaun ku dan menyatakan bahawa ibunya akan memasukkan wang sebanyak Rm300 kedalam akaun ku..puas aku menunggu dan akhirnay pada 11-07-2007<rabu>….aku telah menerima panggilan daripada pemuda tersebut..kami berjumpa di fakulti kejuruteraan dan dia menanyakan adakah wang telah dimasukkan kedalam akaun ku Oleh IBUNYA…dia ingin meminta baki duit yang telah dimasukkan kepada saya..tetapi saya menyatakan belum mendapat duit terseBut..kemuDian dia meneleFon IBUNYA dan menyatakan kepada saya bahawa duit itu dimasukkan oleh ibunya kedalam akaun tunangnya..saya pun percaya kepada pemuda tersebut..Dia menyatakan bahawa tunangnya baru berpindah di seksyen17 pj..kemudian ingin meminjam phone saya berjenama N-GAGE atas sebab tidak tahu dimana rumah tunangnya..tunangnya baru berpindah di pataling jaya…saya mulai percaya akan masalah tersebut dan memberi dia pinjam selama setengah jam..sebagai cagaran,die memberikan cukai jalan motosikalnya kepada saya..saya pula tidak perasan yang ROADtax tu dah mampus..setelah menunggu selama setengah jam di kolej,dia masih tidak kelihatan..saya menelefonnya buat kali pertama,tetapi dia menyatakan akan sampai sebentar lagi..saya menunggu dan terus menunggu..tetapi tidak kelihatan juga..akhirnya saya menelefonnya buat kali kedua, tetapi operator menyatakan’please try later’…huh..baru saya tahu yang saya diperbodohkan olehnya..Niat saya menolongnya adalah kerana ALLAH SWT,tetapi inilah balasan yang diberi olah pemuda tersebut kepada saya..saya berasa sangat kecewa terhadap pemuda tersebut..mukanya dan cara pergaulannya sangat alim..tetapi didalam hatinya sangat busuk..inilah yang dapat saya lihat pada generasi melayu sekarang walaupun saya sendiri orang meLAYU…Tidak pandai menghargai pertolongan orang..SubhanALLAH…
"Dengan menyebut nama ALLAH yang MAHA pemurah lagi MAHA pengasihani..Ya ALLAH kau bukakanlah pintu hati pemuda tersebut agar kembali ke pangkal jalan Mu dan sedar akan perbuatan yang dilakukan,dan kurniakanlah agar aku bertemu dengan pemuda itu supaya boleh menyelesaikan masalah ini dengan sempurna..Sesungguhnya Engkau YA ALLAH yang maha berkuasa lagi maha MENGETAHUI"Amin Ya Rabbalaalamin…..