Bagaimana ingin mengetahui solat berkeSan??

Solatitutiangagama

 

Inilah perkara yang mesti ditekan dan diperhatikan selalu. Kita perlu sentiasa meneliti dan menilai sejauh mana keberkesanan solat yang dilakukan. Seandainya solat itu berkesan, ia akan dapat mendidik dan melatih hati kita menjadi hamba dan insan yang baik walaupun kita berada di luar solat. Namun hakikatnya seluruh kehidupan kita sebenarnya di dalam keadaan bersolat.

Diantara tanda-tanda solat kita berkesan ialah:

 

1. Kita akan merasa seronok melakukannya dan terasa kemanisan ibadah solat itu.

2. Kita akan merasa takut untuk melakukan maksiat.

3. Hati menjadi mudah untuk menunaikan segala suruhan yang difardhukan.

4. Hati sentiasa merasakan bahawa segala perbuatan diperhatikan Allah.

5. Hati yang khusyu’ di dalam solat dapat menjadikan diri sentiasa berasa tenang

6.    Solat yang berkesan akan menjadikan diri kita manusia yang baik

7.   Hubungannya dengan Allah dan juga dengan manusia.

 

Solat…solat…solat…adakah kite menjadikn solat sebagai nyawa kite??? Beratkn nk jwb…sbg hmba Allah, solat mrupakn tiang agama…kalau hendak membina rumah, jikalau tiang tidak cukup..tiada maknenye..Ini adalah sekadar prkongsian…kalau nak mudah solat…niat kena ikhlas…Lillahi ta’ala…Selepas itu jadikan solat sebagai masa rehat kite…baru dtg khusyuk dalam solat…Kemudian amalkan bacaan mathurat.Tiap-tiap selepas selesai solat asar dan subuh bacalah mathurat dan amalkan doa2nye…InsyaAllah…kte kena berusaha…Banyak lg cara bpleh buat sbenarnye…Bergantung pada diri sendiri iaitu diri kita..Solat itu tiang agama..Jangan sesekali meninggalkan solat dan melengah-lengahkan solat anda..InsyaAllah smoge kite diberkati olah Allah SWT.

 

wallahu’alam…

Leave a Reply